Covid19Semasa

Tun Salleh Abas positif Covid-19

Stabil di ICU HSNZ

KUALA TERENGGANU : Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berada dalam keadaan stabil.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya. — BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button