Semasa

Tolong jangan makan, jangan beli, jangan tangkap ikan ini!

Bayan semakin kurang, penting untuk ekosistem terumbu karang

BANGI :  Ikan ketayap atau ikan bayan disebut oleh orang Melayu dikatakan mempunyai rasa yang enak.
Sering kali ke pasar ikan ini biasa dilihat di atas papan jualan peniaga.
Namun, ikan ini dengan nama saintifiknya,  Scaridae atau Parrotfish semakin lama semakin berkurangan.
Kepentingan Scaridae pada ekosistem terumbu karang sangat diiktriraf. Namun ia menghampiri kepupusan dan berbahaya pertumbuhan karang kerana memerlukan satu sama lain. Sehubungan itu, memulau daripada memakan, menjual spesies ikan ini membantu ekosistem hidupan laut.
Menurut artikel suntingan https://penjanahijau.com/e-mag-v2/ ,  ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.
Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir, dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya!
Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.
The Nature Conservancy

Sudah tiba masanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan lain di perairan, biarkan si bayan comel hidup di terumbu karang yang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Gambar kredit: Fii Tee
Kredit artikel : Majalah Pertanian Digital Pertama Malaysia 

Related Articles

Back to top button