Covid19Semasa

Tidak terlalu lambat laksanakan PKPB Sabah

KP KKM lakukan tindakan yang terbaik

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak terlalu lambat mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk memantapkan tahap perkhidmatan kesihatan di negeri itu, termasuk menambah bilangan petugas kesihatan dan peruntukan kewangan, selain memperketatkan kawasan sempadan bagi mengelakkan pencerobohan oleh pendatang tanpa izin.

“Masih belum terlambat apa yang kita putuskan semalam dan kita telahpun mengesahkan keputusan kita berkaitan Sabah. Saya boleh jelaskan mengenai apa yang kita telah buat, sebagai contohnya dalam hal ehwal perubatan dan penjagaan kesihatan

“Apa yang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah lakukan adalah yang terbaik dalam usaha mengurangkan penularan COVID-19 di Sabah, termasuk menambah petugas barisan hadapan.”
“Kami telah meluluskan permohohan berkaitan perjawatan jururawat dan doktor yang diambil menerusi kontrak seperti sebelum ini, bagi memenuhi keperluan Sabah,” katanya pada sidang media dari kediamannya di Putrajaya hari ini.

PKPB dikuatkuasakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam semalam sehingga 26 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaan juga mempertingkatkan pemantauan di sempadan perairan Sabah, dengan menambah aset keselamatan dan jumlah pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan sebagainya.

“Yang menyulitkan kita (kerajaan) untuk bertindak di sana (Sabah), adalah kes peningkatan COVID-19 membabitkan pendatang asing tanpa izin, kerana terdapat banyak laluan tikus yang mereka gunakan untuk ceroboh negara. Sebab itu Majlis Keselamatan Negara mengambil keputusan meningkatkan kawalan di kawasan itu,” katanya.

Katanya kawalan sempadan terutama perairan timur Sabah akan terus diperketatkan, dalam usaha membanteras kemasukan haram pendatang tanpa izin Indonesia dan Filipina.

“Ia satu cara pelbagai dimensi dan kita akan pantaunya dengan dekat. Dengan lakukan perkata ini, kami berharap perkara akan dapat dikawal di Sabah,” katanya.

Tambahnya, semua pendatang tanpa izin yang berjaya diberkas pihak berkuasa, telah dihantar balik ke negara asal masing-masing.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button