Semasa

Tiada pengumuman penting malam ini!

Kenderaan Perdana Menteri tinggalkan istana selepas 2 jam

KUANTAN :  [VIDEO]  Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan sejak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

“Tiada  apa-apa makluman malam ini!” – Itu saja yang diucapkan jurucakap Pejabat Perdana Menteri, kepada media.

Memetik Berita Harian, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya ada sebarang pengumuman.

“Macam biasa kalau ada ‘live’, kita akan maklum pada media,”- Jurucakap Pejabat Perdana Menteri.

-BERNAMA
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota,  setelah dua jam menghadap Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memetik Bernama kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat beredar dari istana kira-kira jam 7.10 petang, selepas kira-kira dua jam setengah berada di lokasi itu.

Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang antara yang dilihat keluar dari istana.

Pelbagai spekulasi didengar sejak semalam dan bertambah panas apabila kehadiran Perdana Menteri petang tadi di Kuantan.

Sinar Harian melaporkan Konvoi Perdana Menteri dijadual menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan.

Petang tadi, kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Abdul Aziz pada kira-kira jam 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal jam 2:30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka tersebar sejak tengah hari tadi.

Perdana Menteru sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki perkarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu.

Antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Pic:BERNAMA

– BERNAMA, BH, Sinar

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button