Semasa

Varian Omicron : kadar pertumbuhan di Singapura semakin meningkat

SINGAPURA :  Kadar jangkitan Covid-19 mingguan ialah 2.17, meningkat daripada 1.96 hari sebelumnya, dengan 1,001 kes baharu strain Omicron, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Singapura kini telah melepasi angka 2 buat kali pertama sejak 19 September 2021.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan itu merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi 1 menunjukkan jumlah kes COVID-19 baru secara mingguan kian meningkat.

Menurut KKM, terdapat 1,001 kes baharu yang membabitkan varian Omicron semalam, menurun daripada 1,185 kes sehari sebelumnya.

Jangkitan tempatan menyumbang 952 daripada kes, manakala kes import menyumbang 49 kes.

Terdapat 1,472 kes baharu direkodkan secara keseluruhan, termasuk 1,133 kes tempatan dan 339 kes import, turun daripada 1,615 kes yang dilaporkan pada hari Rabu, dan satu kematian akibat komplikasi Covid-19.

Di hospital, terdapat 306 pesakit, 16 daripadanya memerlukan oksigen dan 14 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah menjalani vaksinasi lengkap manakala 54 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan dos penggalak.

Setakat semalam, Singapura mencatatkan 297,549 kes koronavirus, termasuk 845 kematian.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button