Semasa

Menteri Besar mengimamkan solat jenazah pelajar lemas di Mesir

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Dato’ Ahmad Yakob dalam satu posting terbarunya di facebook memaklumkan beliau menjadi imam solat jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus Bin AB Rais pelajar Universiti Al-Azhar dari Kelantan.

Muhammad Firdaus merupakan mangsa lemas di sebuah sungai di daerah al-Qanathir al-Khairiyah, Mesir.

Ahmad Yakob juga memaklumkan beliau sempat bersua dengan ahli keluarga Allahyarham. Turut bersama bersua dengan ahli keluarga mangsa adalah TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir.

Menurut sumber, Firdaus, 25 tahun, merupakan pelajar jurusan Syariah. Arwah bersama 10 rakannya yang lain ke sebuah sungai pada Jumaat tetapi ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu.

Kejadian tersebut turut meragut nyawa seorang lagi rakannya yang berasal dari Pattani, Thailand.

Menurut ibu mangsa, Siti Azlina, dia masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku ke atas anak sulungnya itu tetapi reda dengan pemergiannya.

Ibunya mengatakan kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu ketika majlis perkahwinan Firdaus tahun lalu. Sebelum Firdaus dan isterinya pulang semula ke Mesir bagi menyambung pelajaran.

Related Articles

Back to top button