Kemanusiaan

Tiada lagi istilah kera di hutan disusukan, MAPIM ke Pahang dan Johor

Dana diperlukan untuk 10,000 kotak bantuan makanan kepada mangsa banjir

BANGI :  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, hari ini melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Banjir ke beberapa negeri didahului dengan negeri Pahang.

Beberapa bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan telah disenaraikan yang merangkumi beberapa fasa.

Bagi fasa pertama ini, misi dimulakan dengan tinjauan udara menggunakan sebuah helikopter yang ditaja oleh seorang jutawan terkenal, Tuan Azlan Al Amin.

Menurut Ketua Misi Kemanusiaan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, MAPIM mengaktifkan Emergency Response Task Force untuk menyelia perkembangan, mengurus bantuan semasa dan pasca banjir di beberapa negeri yang terkesan teruk dengan banjir.

MAPIM juga katanya merupakan antara NGO yang terawal dapat menggunakan khidmat udara, dalam misi menghantar bantuan ke kawasan pedalaman.

Tinjauan dari udara itu bagi mendapatkan maklumat lengkap daripada agensi berkaitan mengenai banjir.

Fasa pertama misi banjir ini juga adalah kesinambungan misi kemanusiaan MAPIM yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menyampaikan amanah ummah ke Syria dan Turki.

(Dr.) Sani  ditemui pada majlis pelepasan Fasa pertama misi bantuan kecemasan banjir Pahang.

Sementara itu, pengangkutan udara yang digunakan bagi melaksanakan misi ini ditaja sepenuhnya oleh Tuan Mohammad Azlan Al-Amin, Pengarah Urusan Azlan Al- Amin Properties Sdn Bhd.

Pesawat Bell 407 itu  yang dipandu Kapten Ajazi Jamaluddin, turut dinaiki Tuan Azlan, aktivis MAPIM yang juga Setiausaha Agung MAPIM Mejar Zulhanis Zainol dan Panel Syariah MAPIM, Maulana Helmi dan media MAPIM.

“Untuk setakat ini fokus kita kali ini ialah di Pahang, dan kita telah pun menggerakkan koordinasi untuk sampai di Johor dan sedikit di Terengganu, mungkin Pahang serta fasa keempat kita akan cuba luaskan kerana kita jangkakan untuk selepas pasca mengambil masa dua bulan untuk membersihkan dan membantu dan sebagainya’’ – Ketua Misi Kemanusiaan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

Pada masa yang sama, sejumlah 250 bungkusan makanan panas yang ditaja oleh Restoran Al Araby, dibawa sama terbang untuk diberikan kepada barisan hadapan dan mangsa banjir.

Tambah (Dr.)  Sani, tersebut melibatkan negeri Pahang, Johor dan Terengganu bermula hari ini dan akan diteruskan selama hampir dua minggu.

Menurut  Dr Sani MAPIM akan menggerakkan segala aset yang ada bagi membantu mangsa banjir, selain menghantar lebih 80 orang aktivis.

Bagi tujuan itu, sejumlah 1.5 juta ringgit diperlukan bagi misi ini yang merangkumi fasa ketika banjir dan pasca banjir.

Untuk setakat ini fokus kita kali ini ialah di Pahang, dan kita telah pun menggerakkan koordinasi untuk sampai di Johor dan sedikit di Terengganu, mungkin Pahang serta fasa keempat kita akan cuba luaskan kerana kita jangkakan untuk selepas pasca mengambil masa dua bulan untuk membersihkan dan membantu dan sebagainya’’ – Ketua Misi Kemanusiaan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery

MAPIM menyasarkan kutipan dana kilat sejumlah RM1.5 juta  untuk melaksanakan misi bantuan dan pasca banjir yang melanda di seluruh negara.

Sehubungan itu, MAPIM merayu infaq dan bantuan segera agar bantuan dapat digerakkan lebih meluas dan memberi manfaat seramai mungkin.

Jumlah itu juga menurut (Dr.) Sani termasuk kepada fasa ketiga iaitu pasca banjir, iaitu proses membersihkan kawasan dan rumah-rumah mangsa banjir dengan penggunaan alat-alat pembersihan premis yang terbabit.

MAPIM amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk  bantuan-bantuan berikut yang berupa masing-masing 10,000 kotak bantuan makanan, kit kebersihan diri dan kit solat.

Selain itu, Food Truck juga akan dibawa untuk memasak makanan panas kepada 500 petugas dan mangsa untuk tiga kali makan pagi, tengah hari dan malam setiap hari kepada barisan hadapan dan mangsa banjir.

Manakala 80 hingga 100 orang aktivis MAPIM akan digerakkan bagi tujuan bantuan lain semasa di lapangan termasuk pembersihan kawasan rumah dan premis mangsa.

MAPIM Malaysia yang sentiasa bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), akan bekerjasama sekali lagi dalam misi kali ini.

Menurut beliau lagi,  MAPIM  pihaknya juga bekerjasama dengan angkatan pertahanan awam malaysia (APM) untuk memudahkan bantuan disampaikan.

“Kami telah diminta oleh APM untuk menyampaikan kepada NGO yang ingin membantu supaya menghubungi APM negeri dan

Sementara itu Tuan Azlan Al Amin berkata, idea untuk membantu MAPIM dalam misi banjir kerana terpanggil dengan keadaan banjir negara dan nilai kemanusiaan.

Malah sebagai sahabat kemanusiaan MAPIM, beliau melihat MAPIM banyak menjalankan misi dalam dan luar negara, dan tajaan berbentuk pengangkutan udara ini adalah julung kalinya bersama NGO.

UMMAHTODAY difahamkan pasukan awal misi ini telah selamat mendarat di Maran dan Chenor.

(Dr.) Sani juga telah pun bersama-sama Tuan Azlan, serta anggota delegasi misi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir  di kawasan pedalaman di Maran.

_________________________

*MAPIM amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk  bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan

– 10,000 kit kebersihan diri

– 10,000 kit solat

– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan  pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)

– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan

– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM

– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah

– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

Sumbangan boleh disalurkan menerusi www.BantuUmmah.com atau menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM dengan no akaun 5622-6354-0066

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button