Semasa

Tertidur dipercayai punca kemalangan

Jenazah bayi dan ibu mentua selamat dikebumikan

NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata penyerang Johor Darul Tak’zim (JDT) berkenaan dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

“Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.”

Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah isterinya, Nur Amalina Norain, 25, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah pemain bola sepak terbabit.

Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef selamat dikebumikan di Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang, malam tadi.

Sementara itu, jenazah pembantu rumah Syafiq pula sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.     -Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button