Covid19Kemanusiaan

Terima kasih baa….!

Bantuan menyeberangi Laut China Selatan

SANDAKAN : Terima kasih baa!
Bukan sahaja di Semenanjung bahkan menyeberang Laut China Selatan disantuni.
Di Sandakan, Sabah, penduduk Kampung Segaliud, dan Kampung Batu Sapi dikunjungi bagi menyampaikan amanah orang ramai.
Ketika dikhabarkan oleh sukarelawan ada sedikit sumbangan barang keperluan asas, mereka menarik nafas lega, bersyukur sekurang-kurangnya lega ada bekalan dalam tempoh sebulan.
Malah ringan juga buat belanja dapur sekeluarga.
Seramai 100 penduduk di Kampung Segaliud, Sandakan, menerima sumbangan barangan keperluan daripada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, pada Ahad lalu. (8/11)
Atas rasa prihatin mereka disantuni oleh dan beberapa rakan NGO lain seperti Kebajikan Marhaen Sandakan, K-Marhaens.
Wakil lapangan MAPIM Malaysia di Sabah, Haris Alimuddin dan wakil K-Marhaens, Wawan Padaedi, menyampaikan amanah pembayar zakat, PPZ, dan penyumbang Tabung Ummah bantuUmmah MAPIM, membantu penduduk Sabah yang terjejas waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.
Ketika menjejaki mereka yang kurang bernasib baik, sukarelawan terpaksa bergerak dari satu rumah ke satu rumah di perkampungan ini.
Mereka yang menerima manfaat zakat dan sumbangan terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, dan Orang Kurang Upaya.
Segaliud terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi , namun jaraknya dari bandar Sandakan ialah 65 kilometer.
PKPB dilaksanakan di seluruh negara kecuali Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Kredit Haris Alimudin

Pertubuhan Kebajikan Marhaen Sandakan
*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button