Semasa

Telefon punya hal, nyawa bapa melayang

Tikam bapa marah ditegur

JELEBU: Sanggup tikam bapa sendiri selepas berang ditegur leka bermain telefon.

Seorang penganggur bertindak menikam bapanya dengan sebilah pisau  dalam kejadian di Simpang Pertang, pada jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa 59 tahun, maut di tempat kejadian susulan tikaman di bahagian hadapan dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata kejadian itu dipercayai bermula dengan tindakan Yin Fah menegur anak lelakinya yang berusia 35 tahun kerana kerap bermain telefon.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu jiran mangsa berkata, suspek sebelum ini bekerja di luar Negeri Sembilan tetapi kembali menetap bersama bapanya sejak Mac tahun ini dan kedua beranak itu kerap bertengkar. – BH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button