InspirasiPalestinSemasa

“Tak kemaruk soal cinta, Heliza Helmi layak jadi ikon belia Islam”

Sanggup gadai nyawa ke kawasan konflik

BANGI : Biarpun dirinya bergelar seorang artis namun pemilik nama Nur Heliza Helmi ini tidak pernah lelah memperjuangkan dan membela nasib umat Islam di seluruh dunia.

Semangat jihadnya itu sering dijadikan satu inspirasi dalam kalangan umat Islam tanpa mengira umur mahu pun jantina.

Bukan sahaja mempertahankan Palestin, malah beliau dan adiknya Hazwani Helmi, sering turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan di Syria bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM. Malah, majoriti perkongsiannya di media sosial adalah tentang misi kemanusiaan. Melihat kehidupan mereka yang terkesan akibat bencana dan konflik. Malah kedua-dua beradik itu berkongsi air mata kegembiraan mereka yang di dalam perkampungan pelarian yang sememangnya menanti bantuan daripada ummah, khususnya rakyat Malaysia.

Kagum dengan semangat jihad wanita yang membahasakan dirinya `Ija’ ini, seorang wanita bernama Norlaila Mohamad Yusoff memberi pandangan peribadi menerusi laman Facebook miliknya.

Malah, tiada satu pun yang menyentuh tentang soal jodoh mahupun cinta duniawi walaupun usianya sudah mencecah 30-an. Kesemuanya mengandungi ilmu serta kisah inspirasi yang bermanfaat buat tauladan ramai.”- Norlaila Mohamad Yusoff (FB)

Menurut Norlaila, Heliza berbanding ‘influencer’ terkenal lain, langsung tidak pernah ris4u tentang soal jod0h mahupun berkongsi ayat-ayat cinta ditujukan kepada ‘bakal suami’.

“Heliza Helmi tak kemaruk soal cinta jodoh dan tidak dahaga kasih cinta dari tulang rusuk. Dia tidak pernah menunjuk terlalu risau, fikir dan gelabah soal jodoh.”

“Pernahkah dia ‘post’ ayat-ayat cinta siapa sayang dia bukti dengan akad nikah, siapalah nak masuk meminang. Rindu-rindu, cinta-cinta? Ada? Inilah dia yang jenis betul-betul faham agama.”

“Tidak ada jodoh di dunia, di akhirat pasti & tiada air mata duka! Dalam kepala otak hanya Syria, Palestin, misi bantuan Gaza. Andaikan terkorban semasa perjalanan niat bantu sahabat di sana.. Syahid lah beliau!” tulisnya.

Di akhir penulisan, Norlaila memberi nasihat kepada ibu bapa lain agar menjadikan keperibadian Heliza sebagai satu contoh baik mendidik anak-anak mereka dalam memahami agama Islam.

“Macam ni kita nak anak kita, didik dengan agama yang sebenar2nya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, netizen turut berpendapat dalam laman sosial milik Heliza, ternyata selain dipenuhi dengan perkongsian bercirikan ilmu-ilmu agama, beliau juga memaparkan perkongsian misi-misi bantuan  kemanusiaan di dalam dan di luar negara.

Dah lama ‘admire’ dengan adik beradik ‘The Helmis’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan meluahkan kekaguman kepada pelantun lagu Ayat Cinta Dari Tuhan Itu.

Terdahulu, Heliza Helmi memaklumkan bahawa akaun laman sosial miliknya hampir dipadam gara-gara sering memuat naik ‘posting’ tentang Palestin.

Bagaimanapun, Heliza nekad meneruskan tindakannya itu demi menegakkan keadilan untuk rakyat Palestin walaupun terpaksa mengorbankan laman sosialnya itu.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan

*******

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button