DomestikSemasa

Yayasan MYRPIHATIN, PruBSN sumbang 600 pek Bakul Prihatin kepada mangsa banjir Terengganu

Jalin kerjasama dengan MAPIM Malaysia demi kepentingan ummah

BANGI : Yayasan MYRPIHATIN dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melalui badan amal PruBSN Prihatin melancarkan Misi Bantuan Banjir Hulu Terengganu dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), bertempat di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang, hari ini.

Sebanyak 600 pek barangan Bakul Prihatin berisi barang makanan kering, barang kebersihan juga alat perlindungan diri COVID-19 diberikan kepada mangsa bencana banjir di daerah Hulu Terengganu.

Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Datin Seri Azlin Arshad berkata kerjasama bersama MYPRIHATIN dan MAPIM Malaysia ini merupakan satu langkah terbaik dalam membantu mereka yang memerlukan khusus di Hulu Terengganu.

“Kami (PruBSN) mengambil peluang ini untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan terutamanya mangsa banjir di Terengganu.

“Program ini tidak dapat dibuat sebaiknya tanpa pertolongan daripada Yayasan MYPRIHATIN dan MAPIM Malaysia. Untuk itu kami amat berterima kasih kepada pihak yang terlibat.” kata Datin Seri Azlin Arshad – Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN

Sementara itu, pek barangan Bakul Prihatin yang siap dipakej diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada 15 Mac 2022.

Program ini turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MYPRIHATIN, Muhd Al-Bazil Bakar dan para sukarelawan yang berhempas pulas meluangkan masa bagi membungkus pek barangan Bakul Prihatin.

“Program sebegini akan diteruskan kerana bencana ini kita tak boleh jangka, bila-bila masa tanpa mengira siapa.

“Memang menjadi niat dan tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.” katanya.

Mengulas lanjut, Azlin mengharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan banjir.

“Kami juga mengharapkan agar program ini dapat memberi galakkan kepada syarikat-syarikat lain untuk memastikan bantuan yang sangat diperlukan ini dihulurkan kepada yang memerlukan.” ulas Azlin.

 

 

Related Articles

Back to top button