PalestinSemasa

Lagi korban di bulan Ramadan di Tebing Barat

NABLUS: Seorang pemuda Palestin dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan parah yang dialaminya akibat tembakan zalim tentera zionis israel di Tebing Barat yang dicerobohi bulan lalu, lapor agensi berita negara WAFA.

Amir Mohammad Loulah, 23, dari bandar Zawata, barat Nablus, cedera parah semasa serbuan israel di bandar itu pada 22 Feb lalu.

Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 20 lagi cedera semasa serbuan itu.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serangan berulang israel ke atas bandar-bandar di Palestin.

Menurut angka Palestin, lebih 90 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan zionis israel sejak awal tahun ini termasuk kanak-kanak dan wanita.

BACA JUGA
Mangsa gempa Turkiye – Syria sambut Ramadan penuh sayu

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button