Semasa

Skim PeKa B40 tawar khidmat saringan kesihatan percuma – Khairy

KUALA LUMPUR : Saringan kesihatan secara percuma kini diberikan kepada dolongan berpendapatan rendah berusia 40 tahun ke atas yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran video di Facebook memberitahu semakan kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) boleh dibuat hanya dengan melayari laman sesawang PeKa B40.

“PeKa B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.

“Antara manfaat Skim PeKa B40 adalah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan,” katanya.

Empat manfaat yang disediakan melalui skim PeKa B40 diuruskan ProtectHealth adalah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button