DomestikSemasa

MAPIM Rangers bertolak ke Raub santuni mangsa banjir

SEPANG : Hujan lebat yang melanda Raub telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di kawasan tersebut dilanda banjir kilat.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melakukan persiapan untuk turun ke lokasi berkenaan bagi menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

 

 

 

 

 

Menurut wakil Pasukan Tugas -Tugas Khas MAPIM, Aiman Syafiq sebanyak 40 buah kotak akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di sana.

“Dengan izin Allah hari ini kami menggerakkan kumpulan MAPIM Rangers untuk turun padang ke Pahang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sana.

“Sebanyak 40 buah kotak diagihkan kepada dan sebanyak 5 buah keluarga akan disantuni dan menerima sumbangan berbentuk bantal dan toto,” katanya.

Seawal pagi, kumpulan MAPIM Rangers sudah  menyediakan barang-barang bantuan di Ummah Central Warehouse dan telah mula bertolak pada 9.30 pagi tadi.

Semoga segala urusan MAPIM hari ini dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button