PalestinSemasa

Ibu kepada empat cahaya mata maut ditembak polis Israel

BAITULMUQADDIS :  Nyawa rakyat Palestin  bagai tiada harga apabila seorang wanita Palestin ditembak tanpa alasan yang kukuh oleh polis rejim.

Berdasarkan laporan berita Quds Network, Isma Khuzairah, 30, ditembak mati polis Israel di  Pintu al-Silsila, Masjid al-Aqsa ekoran dakwaan ‘cubaan  menyerang’ anggota petugas.

Polis Israel seperti biasa mereka cerita kononnya tembakan dilepaskan bagi tujuan ‘mempertahankan diri’.

Isma yang juga ibu kepada empat cahaya mata dibiar sehingga syahid tanpa sebarang bantuan kecemasan sejurus ditembak.

Menurut kenyataan seorang pengguna Twitter @Fakhrifadzli, kebiasannya , polis rejim menggunakan kaedah  ‘Shoot to kill or  ampute’ yang bermaksud tembak untuk bunuh atau melumpuhkan.

Rakaman video yang tular memaparkan tiada cubaan serangan dilakukan oleh Isma seperti yang didakwa.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button