DomestikSemasa

Pengembara tidak perlu buat ujian RTK-AG setelah tiba di Malaysia

Putrajaya : Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menyatakan pengembara tidak perlu membuat ujian RTK-AG di lapangan terbang, susulan kekeliruan mengenai keperluan melakukan ujian RTK-AG sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan sempadan yang terkini diumumkan oleh kerajaan hanya memerlukan pengembara antarabangsa melakukan ujian RTK-AG dalam tempoh 24 jam sebaik tiba di Malaysia di mana-mana kemudahan kesihatan swasta termasuk klinik dan hospital pilihan mereka, jelas MAHB.

“Bukan keperluan mandatori untuk melakukan ujian itu sebaik sahaja di lapangan terbang,” katanya.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja ketibaan mereka di lapangan terbang, kemudahan melakukan ujian itu disediakan untuk penumpang yang ingin melakukan ujian itu.

Di empat lapangan tebang berlainan, terdapat empat pengendali kemudahan kesihatan swasta yang memberikan perkhidmatan mereka.

Syarikat berkenaan adalah BP Clinical Lab Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Edgenta UEMS Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, MYEG Services Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Gribbles Pathology (M) Sdn Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing.

Selari dengan Fasa Peralihan ke Endemik, Malaysia membuka semula sempadannya pada 1 April lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh 24 jam pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK- AG professional sama ada kemudahan kesihatan swasta di pintu masuk sempadan negara atau di luar premis, jika mereka gagal berbuat demikian mereka boleh mengakibatkan mereka diusir.

-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button