SemasaSyria

PBB sambung semula bantuan ke Syria selepas persefahaman dengan Damsyik

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggunakan lintasan Bab al-Hawa sejak 2014

BEIRUT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke sebelah barat laut Syria yang dikuasai penentang melalui persimpangan yang menjadi talian hayat bagi wilayah itu selepas pekerja bantuan berkata Damsyik kelihatan melonggarkan syarat yang telah membawa kepada tempoh tenang selama beberapa minggu.

Penghantaran bantuan dari Turkiye melalui lintasan Bab al-Hawa terhenti pada Julai apabila kuasa Barat dan sekutu utama kerajaan Syria, Rusia gagal bersetuju melanjutkan mandat Majlis Keselamatan PBB untuk operasi kemanusiaan itu. Syria kemudiannya memberikan kelulusan unilateral tetapi dengan syarat yang ditolak oleh PBB sebagai tidak boleh diterima.

Namun, Reuters melaporkan selepas berminggu-minggu diplomasi, surat kerajaan Syria yang dihantar kepada PBB dilihat tidak menyebut syarat yang ditolak. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengalu-alukan ‘persefahaman’ dengan Damsyik mengenai penggunaan lintasan Bab al-Hawa selama 6 bulan, kata Timbalan Jurucakapnya Farhan Haq pada Selasa.

Barat laut adalah benteng terakhir penentang yang memusuhi Presiden Bashar al-Assad dalam perang Syria selama 12 tahun dan berjuta-juta pelarian di sana bergantung kepada bantuan PBB.

Pertubuhan bukan kerajaan dan negara-negara lain telah lama menganjurkan konvoi bantuan unilateral ke barat laut, tetapi agensi PBB tidak akan menyeberangi sempadan tanpa kelulusan kerajaan atau Majlis Keselamatan.

PBB telah menggunakan Bab al-Hawa sejak 2014 dengan kebenaran Majlis Keselamatan. Tetapi, Syria menolak operasi itu sebagai pencabulan kedaulatan.

Terma yang ditetapkan oleh Damsyik pada Julai termasuk menghalang PBB daripada berurusan dengan siapa yang mereka gelar ‘organisasi pengganas’ di wilayah yang dikuasai penentang. Mereka juga mengehadkan kemasukan individu yang mengawasi dan memudahkan penghantaran kepada Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

BACA JUGA
Gempa bumi Türkiye & Syria: mangsa harap sokongan berterusan

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button