Semasa

COVID-19 : 20,546 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA : Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan 20,546 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,404,899 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor masih kekal tertinggi dengan 7,307 kes diikuti Sabah 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442) dan Pulau Pinang (1,111).

Negeri lain adalah Perak  (1,069) Kelantan (1,025), Sarawak (963), Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21), Labuan (tiga).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button