Covid19DomestikSemasa

Vaksin Pfizer sebagai dos penggalak

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan memutuskan bahawa vaksin Pfizer diberikan kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak.

Ia sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua bagi golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diluluskan dalam Masyarakat Pihak Berkusasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 hari ini.

Menurut beliau lagi, kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan  dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan di nilai bedasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa, bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin tersebut kekal positif.

“Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing gmbH, Germany sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lepas.

“KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD”

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button