PalestinSemasa

Rakyat Palestin memperingati ulang tahun ke-75 Nakba di Tebing Barat

RAMALLAH: Ribuan rakyat Palestin berkumpul di Tebing Barat pada Isnin bagi memperingati ulang tahun ke-75 Nakba, apabila lebih 760,000 rakyat Palestin melarikan diri atau dihalau dari rumah mereka pada 1948.

Di Ramallah, di tengah-tengah Tebing Barat yang dijajah, ratusan orang berkumpul di luar Makam Presiden Yasser Arafat dan mengibarkan bendera Palestin, sepanduk hitam bertulis ‘Kembali’ serta imej kunci bagi menuntut kembali hak mereka.

Penduduk kemudiannya berarak ke Dataran Manara di pusat bandar Ramallah di mana perhimpunan utama diadakan bagi memperingati tragedi tersebut.

Peringatan Nakba tahun ini diadakan ketika ketegangan sedang memuncak yang meragut lebih 152 nyawa penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita sejak awal tahun.

Seramai 35 orang, hampir kesemuanya warga Palestin, terbunuh dalam tempoh lima hari ketika pertempuran antara israel dan kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza, minggu lalu.

Menurut PBB, kini terdapat 5.9 juta pelarian Palestin yang tinggal di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button