Sukan

Latihan rasmi MotoGP 2021 di Sepang, batal!

Pandemik belum reda

KUALA LUMPUR : Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan dibatalkan kerana keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dorna Sports malam Selasa, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Kenyataan itu juga mendedahkan ujian percubaan yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mac di SIC juga dibatalkan atas faktor yang sama.

Kedua-dua ujian itu dibatalkan berikutan kenyataan terkini oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula dari 13 sehingga 26 Jan ini untuk mengekang penularan COVID-19.

“Ujian di Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 10 hingga 12 Mac masih kekal setakat ini dan sebarang kemas kini atau perubahan akan diberitahu secepat mungkin,” katanya.
 Kejohanan Dunia MotoGP akan bermula dengan Qatar GP di Litar Antarabangsa Losail dari 26 hingga 28 Mac depan.– BERNAMA

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button