DuniaSemasa

4 maut, 5 hilang dalam kejadian bangunan pangsapuri runtuh di Sicily

Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala lima lagi dilaporkan hilang dalam kejadian bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di pulau Sicily Itali.

Menurut pihak berkuasa, dua wanita ditemui masih hidup dan penyelamat serta anjing penghidu masih mencari untuk mengesan mangsa yang hilang.

Unit tempatan perkhidmatan perlindungan awam Itali memaklumkan menerusi ciapan di Twitter bahawa jumlah kematian kini adalah seramai empat orang.

Pihak berkuasa menyatakan letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas dan kertas siasatan telah dibuka.

Sementara itu, Datuk Bandar Ravanusa, Carmello D’Angelo memberitahu Rainews24, kira-kira 50 orang sudah dipindahkan ketika bangunan pangsapuri bersebelahan juga terjejas dalam letupan itu.

-FRANCE 24

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button