SemasaTravelog

Penduduk GCC kini boleh mohon e-visa pelancong Saudi

GCC adalah penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk iaitu Kuwait, UAE, Qatar, Bahrain & Oman

RIYADH: Kementerian Pelancongan Arab Saudi pada Khamis membenarkan semua penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) memohon visa pelancong secara dalam talian bagi melawat negara itu.

E-Visa akan membolehkan penduduk di negara-negara Teluk meneroka pelbagai wilayah di Saudi dan melakukan ibadah umrah, lapor Agensi Akhbar Saudi.

Langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha Arab Saudi memberi peluang kepada penduduk Teluk melawat destinasi pelancongan, menikmati acara hiburan dan meneroka tapak warisan dan bersejarah di negara itu.

Penduduk Teluk boleh melawat halaman eVisa bagi memohon visa berkenaan, dengan kos AS$80 sebagai tambahan kepada insurans kesihatan.

Setelah permohonan dibuat, pemohon akan memperoleh e-Visa melalui e-mel, menurut laporan media Saudi.

Sebelum ini, hanya penduduk GCC dengan pekerjaan yang disenaraikan dibenarkan memohon e-Visa untuk melawat kerajaan itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button