InspirasiSemasa

Lekat makanan percuma pada kenderaan, sikap pemurah pemandu ini terima pujian ramai

BANGKOK : Mulia sungguh hatimu.

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di wilayah Chiang Rai, Thailand melekatkan pelbagai jenis makanan ringan dan pelitup muka pada badan kenderaannya, dan ia boleh diambil secara percuma oleh orang ramai!

Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @wetchayany itu mendapat perhatian warga Thailand dan rata-rata ruangan komen dibanjiri komen yang memuji sikap pemurah pemandu berkenaan.

@wetchayany

น้ำใจดีมากๆ 👍🏻 #เชียงรายดี #สุดยอดไปเลย

♬ 原聲 – 小宇丶 – 小宇丶

Dalam video tersebut, kenderaan itu kelihatan sedang menunggu di sebuah lampu isyarat sehingga bertukar hijau.

Sejumlah makanan ringan dan pelitup muka dilekatkan pada badan trak pikap tersebut beserta sehelai kertas yang bertulis: “Ambil secara percuma.”

Ketika trak berkenaan berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, dua kanak-kanak lelaki pergi ke arah kenderaan itu dan mengambil beberapa makanan ringan.

“Ia merupakan idea yang bagus dan saya amat gembira menonton video seperti ini,” kata seorang pengguna media sosial.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button