PalestinSemasa

Ketua PBB : Jelas berlaku pelanggaran undang-undang kemanusiaan di Gaza

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres telah memperbaharui tuntutannya untuk gencatan senjata di Gaza dan berkata undang-undang antarabangsa telah dicabuli dalam perang antara Israel dengan kumpulan bersenjata Palestin Hamas.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza yang dikepung tanpa henti sejak 7 Oktober, apabila Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel selatan.

Selepas serangan itu, Israel memutuskan bekalan air, makanan, bahan api dan elektrik kepada 2.3 juta penduduk di kawasan itu, satu tindakan yang dipanggil PBB sebagai satu bentuk hukuman kolektif . Ia juga melancarkan serangan ke atas wilayah itu, membunuh sekurang-kurangnya 5,791 orang, menurut pihak berkuasa di Gaza, yang ditadbir oleh Hamas.

Lebih satu juta orang telah kehilangan tempat tinggal, ketika Israel mengarahkan penduduk utara Gaza berpindah ke selatan, tetapi serangan udara Israel berterusan di seluruh wilayah itu.

Bercakap di hadapan 15 anggota Majlis Keselamatan PBB pada hari Selasa, Guterres merayu agar orang awam dilindungi dan memberi amaran bahawa api perang itu berisiko merebak lebih meluas di rantau ini.

“Adalah penting untuk mengakui yang serangan Hamas berlaku tidak tanpa sebab. Rakyat Palestin telah  56 tahun ditindas,” kata Guterres.

Guterres juga mengkritik israel dengan berkata “Melindungi orang awam tidak bermakna mengarahkan lebih daripada satu juta orang berpindah ke selatan, di mana tidak ada tempat tinggal, tiada makanan, tiada air, tiada ubat dan bahan api, dan kemudian terus mengebom kawasan selatan itu sendiri.”

Komen setiausaha agung itu menimbulkan kemarahan Duta Besar Israel untuk PBB Gilad Erdan, yang menggelar ucapan itu sebagai “mengejutkan”.

Terdahulu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meminta bantuan kecemasan dibenarkan masuk ke Gaza, dan memaklumkan lebih 20 kali penghantaran diperlukan.

Sebilangan kecil bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza sejak Sabtu dari pihak Mesir, tetapi Guterres memanggil bantuan terhad itu sebagai “setitis bantuan dalam lautan yang memerlukan”.

SUMBER : AL JAZEERA DAN AGENSI BERITA

 

Related Articles

Back to top button