Covid19Semasa

Kelonggaran pemakaian pelitup muka bermula 1 Mei

Oleh:  Hasanah Yusof, wartawan pelatih

PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka tidak lagi wajib bermula 1 Mei ini.

Menurut Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, pemakaian pelitup muka di kawasan yang terbuka adalah pilihan masing-masing tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.

Pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan (indoor) termasuk jika menaiki pengangkutan awam termasuk eHailing,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Ikuti siaran langsung Sidang Media Menteri Kesihatan di Facebook beliau, Khairy Jamaluddin.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button