DuniaSemasa

Rusia musnahkan tapak simpanan bahan api Ukraine

MOSCOW : Rusia dakwa berjaya tumpaskan tapak simpanan bahan api tentera terbesar di Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, serangan dilepaskan di pangkalan Kalynivka berhampiran Kiev dengan menggunakan peluru berpandu jelajah kaliber.

Tambah kementerian tersebut, tapak simpanan itu menyimpan kemudahan bahan api tentera terbesar Ukraine, membekalkan tentera di bahagian tengah negara probarat itu.

Pengumuman itu dibuat pada hari ke-29 dan disifatkan sebagai “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

Sejak awal pertempuran, ribuan terbunuh dan lebih 10 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan ia krisis kemanusiaan terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata pihaknya berjaya memusnahkan lebih 260 dron, lebih 1,580 kereta kebal dan kenderaan perisai lain dan 204 sistem senjata antipesawat.

Related Articles

Back to top button