Ekonomi

Tabung Haji umum dividen tahun depan

Catat deposit tertinggi sehingga akhir November

PETALING JAYA :  Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan dividen kepada pendepositnya pada suku pertama tahun hadapan selepas mencatatkan deposit tertinggi dalam sejarah sehingga akhir November iaitu bernilai RM75.6 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, tahun ini TH terus menunjukkan peningkatan termasuk aset yang diperolehi dengan kadar yang tinggi.

“Bagaimanapun dalam keadaan Covid-19 ini banyak cabaran dari segi pelaburan yang perlu dihadapi tetapi TH akan buat yang sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani tawaran pembelian sebuah menara pejabat daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd.hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button