Semasa

Syria sokong rakyat Palestin perjuangkan hak mereka

Damsyik : Kedutaan Palestin di Damsyik mengadakan satu majlis sempena Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin di Hotel Dama Rose pada hari Ahad.

Timbalan Menteri Luar dan Ekspatriat, Bashar al-Jaafari, berkata pendirian Syria dalam menyokong hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri di tanah air mereka dan menubuhkan negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan hak pelarian untuk pulang ke tempat asal.

“Sehingga hari ini, tiada kemajuan telah dibuat oleh masyarakat antarabangsa bagi menamatkan pendudukan Israel ke tanah Arab dan pihak penjajah tidak bertanggungjawab atas pendudukan mereka,” tambahnya.

Duta Besar Palestin ke Syria, Samir al-Rifai, mengatakan bahawa hari antarabangsa ini yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1977, merupakan pengiktirafan yang jelas terhadap ketidakadilan bersejarah yang telah menjejaskan rakyat Palestin sejak Deklarasi Balfour dikeluarkan pada 2 November 1917.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatiih UiTM

Related Articles

Back to top button