KerohanianSemasa

“Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Al- Quran! – keluarga

Jenazah selamat disemadikan selepas Asar

JAKARTA :  “Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Alquran,”  – demikian dinyatakan keluarga besar Allahyarham Syekh Ali al Jaber.

Ke negeri yang abadi, jenazah Syekh Ali Jaber  selamat dikebumikan di kompleks pemakaman di perkarangan Pesantren Daarul Quran milik pendakwah Yusuf Mansur.

Jenazahnya dimakamkan selepas solat Asar waktu tempatan, dengan urusan pengebumian disediakan oleh Yusuf Mansur.

Sebelum ini  Allahyarham Syekh Ali Jaber pernah mengutarakan keinginannya untuk dikebumikan di Lombok, tempat beliau mengajar anak-anak kecil al- Quran di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Anaknya juga lahir di Lombok, namun oleh kerana situasi pandemik keluarganya memutuskan untuk memakamkan Syekh Ali Jaber di Jakarta dan Yusuf Mansur pun menawarkan kompleks pondok pesantrennya yang memang menjadi tempat belajar menghafaz  Al Quran.

Pemakaman Syekh Ali Jaber. Foto/Video/Yusuf Mansur

Syekh Ali Jaber meninggal dunia pada Khamis pagi ini setelah dirawat karena Covid-19 namun Allahyarham disahkan negatif Covid oleh doktor.

Sebagai orang rapat dengan Allahyarham, Yusuf sendiri turun ke liang lahad dan mengurus pengkebumian sahabatnya itu.

“Liangnya sudah disiapkan di belakang makam ibu saya,” kata Yusuf Mansur langsung membacakan doa.

Proses pengkebumian disiarkan secara langsung di Instagram Yusuf Mansur.

Manusia mati meninggalkan apa amalan dan sedekah jariah serta kata-katanya:

“Saya punya prinsip, orang yang punya salah kepada saya, akan saya doakan semoga Allah mengampuninya. Namun, ketika saya punya salah, saya berdoa, “Ya Allah, ampunilah saya.”

Keluarganya juga mengucapkan terima kasih kepada hadirin serta khalayak ramai yang mendoakan kepulangan Syekh Ali Jaber.

“Terima kasih yang sebesar-besarnya kepada seluruh kerabat, teman, rekan-rekan, jamaah, demikian pula khalayak media. Terima kasih sebesar-besarnya telah mendoakan beliau. Semoga Allah membalas kebaikan semuanya, dan mencatatkan saksi kebaikan buat beliau.”

Bagi keluarga besar Syekh Ali Jaber serta Yayasan Syekh Ali Jaber mereka menjadi saksi kecintaan beliau dengan al-Quran.

“Kami bersaksi Syekh Ali Jaber membela Alquran,”

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button