Semasa

`Sugarbook’ disekat? Ya, tetapi masih boleh diakses, pemilik tukar alamat sahaja!

sucrebook.com pula

BANGI : 16 Jan – Setelah menghadapi desakan laman sesawang kontroversial sugarbook.com telah disekat oleh pihak berkuasa menangani internet semalam.

Hasil pantauan wartawan UmmahToday mendapati platform hubungan dan  itu yang diklik pada pautan sugarbook.com telah disekat.

Hasil carian melalui telefon paparan hanya memaparkan nota ` laman web berkenaan tidak didapati di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara berkenaan.’

Sehingga artikel ini ditulis pagi ini, (16 Feb) laman web sugarbook masih boleh diakses, dan dengan kecanggihan teknologi  informasi penguna masih berpeluang melayari laman web berkenaan tetapi pada alamat yang berbeza.

Malah operator memberi maklum untuk pengguna mendaftar ke alamat baharu dan meneruskan tatacara kemasukan ke laman itu dengan laman web asal.

Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang dari Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses laman sesawang Sugarbook kurang memberikan kesan secara menyeluruh.

Ini kerana menurutnya, selepas disekat, secepat kilat juga pengurusan Sugarbook memaklumkan kepada semua Sugar Baby dan Sugar Daddy-nya supaya beralih ke satu laman rasmi baru bernama Sucrebook.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook juga mendapati Sugarbook masih boleh diakses ke laman rasmi baharu bernama Sucrebook.

Namun beliau berharap peruntukan undang-undang dilakukan mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 305 (b) Kanun Keseksaan seperti yang dilakukan oleh PDRM sekarang diambil bagi mengambil tindakan ke atas operator laman terbabit.

Sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan serta-merta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana segera menyekat akses kepada laman sesawang Sugarbook kerana melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ini kerana laman sesawang Sugarbook telah melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” – Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang dari Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, UUM / Dr Kamarul Zaman Yusoff

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata apabila pertukaran alamat atau apa cara sekali pun digunakan oleh operator laman web untuk mempromosi mengalak maksiat, mereka seolah mencabar  peruntukan undang-undang yang telah termaktub  dalam negara.

Bagi (Dr.) Sani, pembabitan pelajar Islam khususnya dalam normalisasi pelacuran sebagai social life, tidak harus dibiarkan kerana ia memberi kesan buruk kepada imej ummah serta melanggari syariah Islam yang menolak profesion pelacuran sebagai jalan keluar daripada kemiskinan.

Malah selaku Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, beliau yang sentiasa turun padang melihat keadaan hidup ummah yang tergolong sebagai asnaf, beliau sedih berbaur marah kerana terdapat asnaf yang memilih untuk sabar dan reda meneruskan hidup dan tidak memilih jalan mudah dan kesenangan haram untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Sungguh marah dan geram saya dibuatnya. Betapa generasi sedang dihidangkan dengan jalan keluar stress yang membunuh segalanya. Ditawarkan dengan duit yang tinggi.”
Minggu lalu Sugarbook mendakwa seramai 12,705 pelajar daripada 10 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Lembah Klang telah mendaftar dengan platform berkenaan.

Dua laporan polis dibuat di Pulau Pinang oleh dua cawangan parti PAS mendesak siasatan segera oleh pihak polis.

Data yang dibekalkan mengenai penglibatan pelajar pengajian tinggi awam dan swasta itu juga dipertikai oleh Menteri di Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad yang berkata akan bekerjasama dengan SKMM bagi menangani perkara itu sekiranya terbukti benar.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari ‘sugar daddy’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada IPTA berkenaan selain laporan daripada orang ramai.

“Pihak polis turut mengalu-alukan IPT awam atau swasta untuk tampil membuat laporan polis jika mempunyai maklumat atau tampil kepada JSJ Bukit Aman,” dalam satu kenyatannya kepada Berita Harian semalam.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button