Kerohanian

Status wanita berkahwin di India dalam siasatan JAIJ

``Masih dalam siasatan'' - Exco Agama Johor

JOHOR : Isu status agama melibatkan wanita Malaysia penganut Islam yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemain hoki asing masih dalam siasatan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi kepada Utusan Malaysia.

“Masih dalam siasatan,” katanya dengan ringkas pada Ahad. (21 Dis)

Isu status agama wanita itu timbul selepas dia melangsungkan perkahwinan dengan mengikut acara keagamaan selain Islam di kampung halaman suaminya di Punjab, India.

Mengikut laporan sebuah berita wanita berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai satu kejohahan pada 2012.

Menurut laporan itu lagi, pasangan itu dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button