Semasa

Agong tinjau situasi banjir di ibu negara

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat meninjau situasi banjir di ibu negara malam semalam, susulan hujan lebat yang melanda sejak 24 jam lalu.
Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda dilihat menuruni kenderaan Baginda di jalan susur menghala PWTC dan meredah air banjir di tengah hujan.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.
Hujan turun berpanjangan sejak awal pagi Jumaat hingga lewat malam ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir.
Bencana tersebut menyebabkan banyak laluan jalan terpaksa ditutup dan menyukarkan kenderaan di jalan raya untuk bergerak ekoran kesesakan lalu lintas.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button