DuniaKemanusiaanPalestin

Solidariti kepada Gaza, syarikat swasta papar kecaman kepada Israel

Orang ramai teruja bergambar

BANGI : Pebagai cara untuk menyatakan solidariti ummah mengenai penindasan Israel terhadap Gaza.

Sebuah syarikat korporat di Bangi, Selangor menyalakan paparan LED atau Diod pemancar cahaya bagi menyatakan keprihatinan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin yang didera bedilan bom dari darat dan udara tentera rejim.

Seruan kecaman tanda pagar Shame on Israel #shameonIsrael   yang menjadi trending sejak beberapa hari lalu diperlihatkan pada papan LED.  Bendera Palestin juga dikibarkan di laluan masuk ke premis berkenaan.

Orang ramai serta netizen teruja untuk bergambar dengan LED serta membunyikan hon mereka tanda rasa peduli akan Gaza dan Palestin.

Untuk rekod, syarikat berkenaan ialah Al-Araby Group of Companies yang mempunyai rangkaian restoran, pasar raya dan ladang ummah serta pembuatan kelengkapan kenderaan `motorhome’ dan penyewaan helikoter.  Lebih sedekad dalam perniagaan Al-Araby Group ialah antara penyokong infaq dan zakat kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia, MAPIM Malaysia.

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button