Covid19DuniaKerohanian

Solat Fardu sudah boleh di Masjidil Haram!

Susulan penurunan kes Covid-19

Awal bulan ini, Arab Saudi membenarkan sehingga 6,000 warganegaranya dan penduduk setiap hari untuk melaksanakan umrah selepas ia dilarang sejak Mac lalu.

Fasa kedua umrah bermula Ahad dan jumlah jemaah dinaikkan sebanyak 15,000 orang, manakala seramai 40,000 orang termasuk mereka yang menjalani ibadat umrah dibenarkan untuk solat di masjid.

Bagi fasa ketiga yang bermula 1 November ini, jemaah dari luar akan diberikan permit dengan jumlah dibenarkan ialah 20,000 saja, dengan keseluruhan jemaah yang boleh melakukan ibadat solat dan umrah ialah 60,000.

Pelbagai langkah keselamatan diambil, di mana Hajarul Aswad tidak dibenarkan untuk disentuh jemaah.

Masjidil Haram sentiasa disanitasi sebelum dan selepas setiap kali kumpulan jemaah mengerjakan ibadat dan pengimbas suhu juga dipasang untuk mengimbas suhu jemaah.

Ibadat umrah biasanya akan dilakukan jutaan umat Islam setiap tahun dan pihak berkuasa akan membenarkan ia apabila pandemik reda.

Ibadat haji yang dilakukan pada akhir Julai lalu dianggap sebagai sejarah moden kerana dilakukan dalam skala terkecil iaitu 10,000 jemaah dari seluruh dunia berbanding 2.5 juta kebiasaannya.

Arab Saudi mencatatkan lebih daripada 342,000 kes jangkitan COVID-19 dan 5,185 kematian sejak wabak itu bermula. – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button