DuniaPalestin

Sisi Hanadi Al-Halawani yang ditakuti Israel, 63 kali di`tawan’ polis Israel

Sekalipun tidak pernah mengalah

BAITULMAQDIS : Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam yang wajib dijaga dan dipertahankan daripada segala bentuk ancaman. Penduduk Palestin bertuah mempunyai peluang bagi mempertahankan masjid suci ini. Antaranya adalah seorang wanita Palestin yang bernama Hanadi Al-Halawani.

Semangat untuk mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa sudah tertanam kukuh dalam jiwa Hanadi Al-Halawani. Beliau adalah seorang aktivis dan guru yang mengajar di sekolah berhampiran Baitulmaqdis.

Atas semangat itu, Halawani sering kelihatan di perkarangan kota suci Baitulmaqdis. Beliau menghabiskan sisa hidupnya dengan menabur bakti dan menjalankan aktiviti sukarelawan seperti menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan untuk jemaah di situ.

Hanadi Al-Halawani menyiapkan juadah berbuka puasa buat jemaah di Masjid Al-Aqsa
Halawani beriktikaf di Masjid Al-Aqsa bersama jemaah lain bagi menghalang jajahan rejim Zionis di kawasan itu 

Halawani juga sentiasa beriktikaf di Masjid Al-Aqsa. Baginya, dengan selalu berada di dalam Masjid Al-Aqsa, ia adalah antara usaha beliau untuk mempertahankannya daripada penceroboh zionis.

Dalam beliau giat menjalankan aktiviti kebajikan di sekitar Masjid Al-Aqsa, kehadirannya itu turut mendatangkan kegusaran untuk pasukan polis Israel. Halawani seolah-olah memberi ancaman kepada mereka.

Halawani mendedahkan kisah perjuangan beliau itu dalam temu bual bersama portal antarabangsa MEMO. Pada Mei 2018 beliau telah dihalang daripada memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa selama tiga bulan. Selepas tamat tempoh larangan itu, beliau nekad memasuki kembali kawasan suci itu, namun, beliau ditangkap dengan serta merta.

Bukan itu sahaja, Halawani juga telah berada dalam tahanan tentera rejim sebanyak 63 kali. Rumahnya kerap menjadi sasaran pengganas rejim dengan tujuan menakut-nakutkan warga Palestin lain yang berniat mempertahankan Al-Aqsa.

“Saya telah ditangkap oleh orang Israel sebanyak 63 kali, dan mereka sering kali memasuki rumah saya. Mereka melakukan ini ketika anak-anak saya berusaha belajar untuk peperiksaan, dan orang Israel merampas buku mereka.” – Hanadi Al-Halawani / Aktivis Palestin

Kebencian Zionis terhadap Halawani sangat mendalam sehingga suami serta anak-anaknya turut dipukul dan diseksa ketika beliau berada dalam tahanan selama dua minggu.

Halawani kini dilarang daripada menyertai persidangan di luar wilayah Palestin. Tentera Israel juga melarang beliau meninggalkan rumah dan melintasi Tebing Barat bagi mengambil bahagian dalam aktiviti di universiti Palestin, yang juga bertujuan mendedahkan kejahatan Israel.

Februari 2021, sudah genap lapan tahun dia dilarang menjejakkan kaki ke perkarangan Masjid Al-Aqsa dan sekitar kota tua itu.

Halawani percaya Israel mahu seluruh dunia menyaksikan bahawa mereka berkuasa menentukan siapa yang berhak berada di masjid tersebut.

“Israel cuba membuktikan sesuatu yang tidak masuk akal. Hanya umat Islam sahaja yang berhak atas setiap masjid di atas muka bumi ini.” – Hanadi Al-Halawani / Aktivis Palestin

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom / Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) 

______________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button