DuniaKemanusiaan
Trending

Simpan ribuan tan baja mudah meletup selama 6 tahun!

Pegawai Pelabuhan diarah jalani tahanan rumah

Para penyiasat mula menjalankan siasatan tragedi letupan Beirut dan fokus siasatan menjurus kepada kemungkinan kemungkinan berlakunya kecuaian oleh pihak yang bertanggjawab menyimpan beribu tan baja mudah meletup di gudang pelabuhan terbabit.

Tindakan awal setakat ini,  kerajaan Lubnan mengeluarkan perintah penahanan rumah terhadap beberapa pegawai yang berkaitan.

Beirut.com berkata, nama-nama yang bertanggungjawab bakal di bawa ke muka pengadilan dalam tempoh lima hari lagi.

Image

Ketika siasatan  masih diteruskan, perasaan terkejut mangsa letupan Beirut kini bertukar marah, apabila ada maklumat-maklumat terbaharu diterima bahawa aduan sebelum ini berhubung pemindahan bahan kimia bahaya yang tersimpan di gudang  tidak dipedulikan.

Agensi AP menyatakan, Ketua Jabatan Kastam Badri Baher, mengesahkan kepada salah satu saluran televisyen tempatan, LBC TV, bahawa lima ke enam, surat berhubung rayuan diserahkan kepada badan kehakiman namun tiada tindakan. Malah rayuannya supaya suatu perintah dikeluarkan untuk memindahkan bahan letupan itu kerana kesan bahayanya tidak diambil kira.

Daher berkata adalah menjadi tugas beliau memberitahu pihak berkuasa mengenai perkara itu dan itulah sekecil kecil perkara boleh dilakukannya kerana beliau bukan pakar dari sudut teknikal.

Walaupun masih tidak jelas punca kejadian, banyak pakar mengaitkan letupan dengan kira-kira 2,750 tan amonia nitrat yang dirampas dan disimpan di gudang pelabuhan berkenaan selama enam tahun.

Media tempatan pada awalnya turut menyalahkan gudang yang menyimpan bahan membuat bunga api yang diletakkan berdekatan laut.
Dalam pada itu campur tangan siasatan jawatankuasa siasatan Liga Arab didesak diadakan. Tuntutan dibuat secara kenyataan bersama oleh bekas perdana menteri  Najib Mikati, Fouad Siniora, Saad Hariri, dan Tammam Salam.
Beirut kini diisytihar darurat selama dua minggu dan kawalan keselamatan di bandar itu kini diserahkan kepada pihak tentera.

Letupan itu menggegarkan ibu negara Lubnan, membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan mencederakan 5,000 lagi.

Pegawai berkata, angka kematian dijangka meningkat tatkala pekerja kecemasan menggali runtuhan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Lebih 300,000 orang kehilangan tempat tinggal, dan Gabenor Beirut, Marwan Abboud berkata kerugian akibat letupan itu dianggarkan antara AS$10 bilion hingga AS$15 bilion (RM41.9 hingga RM62.9 bilion)-AGENSI

Hulurkan sumbangan kecemasan Tragedi Letupan Beirut menerusi akaun Maybank 5622-6354-0066 (Tabung Kemanusiaan MAPIM)

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button