Covid19Semasa

Silaturrahim terjalin bersama staf dan pengunjung klinik kesihatan

Sebanya 360 pek kurma diagihkan

BANGI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tidak pernah berhenti untuk menyantuni dan merapatkan hubungan silaturahim bersama masyarakat.

Oleh itu, pihak MAPIM mengambil peluang untuk menyumbangkan pek kurma  yang diadakan di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra.

Pemberian ini sebagai tanda penghargaan kepada para petugas barisan hadapan atas sumbangan mereka dalam berjuang untuk merawat pesakit ketika wabak pandemik Covid-19.

 

Pemberian pek kurma ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman kepada para petugas serta pengunjung yang hadir di klinik kesihatan tersebut dalam menyambut

Pihak Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAPIM kerana memilih tempat mereka sebagai lokasi pemberian hadiah sumbangan pek kurma ini.

MAPIM  tidak pernah henti dan sentiasa terbuka menjalinkan hubungan silaturrahim dengan menghulurkan sumbangan mahupun bantuan kepada semua golongan masyarakat.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button