Semasa

Sg. Batang Benar tercemar – 2 ditahan bantu siasatan cuci reban itik & angsa

Ditahan di Kota Bharu

CHERAS: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang Benar, dekat Nilai, Negeri Sembilan.

Memetik Berita Harian  katanya PDRM baru sahaja menangkap dua lelaki tengah hari semalam, sehubungan itu beliau berharap pihak polis diberi masa untuk menjalankan siasatan, dan pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam memberi maklumat.

“Ini isu sensitif, kita tidak mahu ada unsur kecuaian dalam hal ini,” katanya pada sidang media, di Cheras hari ini.

Bermula jam 4:30 petang Ahad lalu, 309,605 akaun terjejas selepas loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada aktiviti pencucian secara besar-besaran di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, serta Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan.

Sebanyak 84 daripada 274 kawasan yang terbabit dengan gangguan air berikutan henti tugas dua LRA berkenaan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, sehingga jam 11:00 pagi tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button