PalestinSemasa

Serangan udara israel korbankan 13 termasuk 4 kanak-kanak & 4 wanita

GAZA: Beribu-ribu umat Islam di Palestin berarak dalam upacara pengebumian mangsa syahid yang dibunuh akibat serangan udara israel pada Selasa.

Tiga belas terkorban termasuk 4 kanak-kanak dan 4 wanita adalah angka terkini dilaporkan media tempatan.

Kredit foto Times of Gaza

Menurut perkongsian rakyat Malaysia yang kini menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri, jenazah para syuhada dalam serangan ini telah di bawa ke Masjid Al-Omari atau Masjid Agung Gaza, masjid terbesar serta tertua di daerah kota lama Gaza untuk solat jenazah sebelum dikebumikan.

Sebelum ini, Ummah Today melaporkan antara korban kanak-kanak adalah Hajar Al-Bahtini, berusia 5 tahun dan Ali Tareq Izzidine juga berusia 5 tahun, terkini, seorang remaja berusia 11 tahun, Mayar Tareq Ibarhim Ezzeddin turut syahid dalam serangan udara yang tidak berperikemanusiaan tentera rejim israel.

Tareq Izz al-Din, 50, dan anak perempuannya, Mayar, adalah antara mangsa keganasan serangan udara israel ke atas Gaza pada Selasa

Sementara itu, jurucakap tentera rejim dalam satu kenyataan ringkas mengakui, tenteranya mengebom sasaran tertentu di Semenanjung Gaza tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Selepas serangan bacul mereka, tentera israel memaklumkan berdasarkan penilaian keadaan, mereka telah mengarahkan penduduk negara haram israel yang tinggal berhampiran Semenanjung Gaza supaya berlindung di tempat perlindungan bom pada jarak 40km kerana bimbang terkena tembakan serangan balas roket dari Gaza.

BACA JUGA
Serangan udara israel di Gaza, tiga pimpinan Jihad Islam terkorban

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button