PalestinSemasa

Serangan israel akibatkan 100,000 orang kehilangan tempat tinggal di Gaza

Serangan udara rejim zionis dan tembakan yang ditujukan ke rumah kediaman, bangunan pangsapuri telah menyebabkan kira-kira 123,538 penduduk Palestin di Gaza kehilangan tempat tinggal, menurut agensi bantuan kemanusiaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ramai daripada mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berlindung di 64 buah sekolah di kawasan pantai, menurut kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB terkini.

Bangunan terkenal yang musnah dalam serangan rejim zionis termasuk empat menara besar dengan beberapa tingkat unit kediaman, katanya, sambil menambah bahawa sejumlah 159 unit rumah telah musnah manakala 1,210 telah mengalami kerosakan teruk.

Setakat jam 1.12 petang waktu Malaysia, 436 rakyat palestin telah dibunuh oleh rejim zionis, termasuk 91 kanak-kanak dan 61 wanita manakala 2,271 rakyat mengelami kecederaan, termasuk 244 kanak-kanak dan 151 wanita.

Sumber ALJAZEERA & SHEHAB NEWS

Related Articles

Back to top button