Semasa

Seorang remaja 17 tahun terbunuh ditembak tentera Israel, 9 lagi rakyat Palestin ditahan

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin telah ditembak mati pada pagi Khamis berhampiran perkampungan Beitin, timur bandar Ramallah di Tebing Barat lapor Kementerian Kesihatan.

Kementerian memaklumkan bahawa tentera Israel telah menembak mati Haitham Mubakar, 17 tahun pada awal Khamis, di pintu masuk kampung tersebut berhampiran dengan pusat pemeriksaan tentera Beit El.

Dalam pada itu, Tentera Israel turut menahan 9 rakyat Palestin yang kebanyakannya dari utara Tebing Barat.

Ketika konfrontasi tersebut, beberapa das tembakan telah dilepaskan oleh rejim zionis ke arah penduduk setempat yang cuba menghalang mereka.

Bukan itu sahaja, pasukan tentera turut menceroboh masuk Tebing Barat dengan menaiki 50 kenderaan tentera ke kawasan kejiranan timur bandar Nablus.

Penembak tepat telah ditempatkan di atas bumbung bangunan awam di sekitar kem pelarian Balata dan Makam Jospeh.

Sementara itu dron telah menjatuhkan gas pemedih mata dan bom tangan turut dilemparkan. Hal ini membuatkan penunjuk perasaan terkejut.

Pihak perubatan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin mengesahkan bahawa mereka merawat empat lelaki yang terkena peluru keluli bersalut getah, manakala seorang lagi mengalami kecederaan melecur di tangan.

PBSM turut melaporkan 12 orang telah dirawat akibat lemas gas pemedih mata.

Konvoi kenderaan tentera turut menyerbu bandar Surif, barat laut bandar tersebut. Setakat ini 9 orang telah ditahan oleh tentera Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button