Covid19Pendidikan

Semua sekolah di Sabah ditutup!

16 hari dari 10 - 25 Oktober

Kuala Lumpur: Semua sekolah di Sabah ditutup selama 16 hari bermula 10 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan demikian selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

KPM dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama.

“Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.
“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dalam tempoh penutupan sekolah, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Menurutnya, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM.

www.moe.gov.my.

Terdahulu Kementerian Pelajaran (KPM) diberi kelulusan untuk mengeluarkan arahan menutup sekolah, jika ada guru atau murid disahkan positif COVID-19, tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelulusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan beliau secara sidang video dari kediamannya pada Jumaat (9/10)

“Mesyuarat bersetuju supaya KPM mengeluarkan arahan menutup sekolah jika terdapat guru atau murid disahkan positif COVID-19 tanpa menunggu penilaian risiko oleh KKM”

“Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini (penutupan sekolah di seluruh Sabah).

“Kes baharu COVID-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan turut dibincangkan. Ini termasuk kes melibatkan murid Sekolah Kebangsaan Bangsar.

-Bharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button