KemanusiaanSemasa

Semakan Bantuan Prihatin 2.0 bermula hari ini

Bayaran ansuran dua kali

Bermula hari ini, orang ramai boleh menyemak penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/.

BPN 2.0. adalah dana tambahan yang diumumkan kerajaan pada 23 September lalu.

Semakan BPN 2.0 boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Kadar bantuan BPN 2.0  adalah seperti berikut:

  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada Januari 2021.

Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.

Bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Untuk membuat permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0, layari portal rasmi BPN 2.0.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button