PendidikanSyria
Trending

Sekolah MAPIM Malaysia, hadiah Hari Kanak-kanak Sedunia

Manfaatkan 1,500 kanak-kanak pelarian Syria

IDLIB : Setiap kanak-kanak harus  diberi hak mendapatkan pelajaran.

Namun hanya suku daripada mereka yang berusia di sekolah rendah mendapat pendidikan.

Human Rights Watch mendedahkan kegagalan kanak-kanak mendapat pendidikan adalah berpunca daripada  kemiskinan, infrastuktur persekolahan yang daif, akibat peperangan dan konflik yang berpanjangan.

HRW juga mendapati daripada data diterima juga, bagi pendidikan usia menengah pula, hak pendidikan mereka dirompak dengan keterpaksaan menjadi buruh untuk menanggung keluarga, perkahwinan paksa di usia muda, keganasan seksual dan selebihnya mangsa peperangan.

Seperti yang diperkatakan, kanak-kanaklah menjadi mangsa terbesar konflik seperti yang dialami seramai 2.5 juta kanak-kanak pelarian Syria.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengalu-alukan sebarang pihak yang ingin membantu kanak-kanak ini mendapat pendidikan.

Atas rasa tanggungjawab itu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam membina sekolah di Idlib dan juga di Azaz, supaya kanak-kanak ini tidak menjadi buta huruf, lebih lebih lagi tidak mengenal Alif, Ba, Ta sekaligus tidak mengenal Allah dan Rasulnya.

Betapa pentingnya bidang pendidikan seperti dianjurkan Baginda Rasulullah SAW, projek pembinaan sekolah disusun.

Jika sembilan bulan dulu, Hamzah berlari-lari pada tanah yang becak untuk duduk di dalam khemah usang yang tidak layak dipanggil bilik darjah, kini ada sinar harapan buat Hamzah.

Keadaan kerusi meja yang tunggang langgang sudah layak dinyahkan untuk dilupuskan.

Bilik darjah berbumbung dan berdindingkan kanvas, tidak menarik perhatian anak-anak kecuali yang beriltizam tinggi untuk berjaya.

Siapnya Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia Ke-39 di pinggir Idlib, akan menjadi satu hadiah bernilai buat anak-anak pelarian sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut setiap tahun pada 20 November lalu.

Delegasi Misi Bantuan Kemanusiaan Khas RescueSyria Ke-15 (MAPIM Malaysia) yang diketuai oleh Ketua Aktivis Kemanusiaan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery yang kini berada di Syria akan merasmikan sekolah ke-39 ini, boleh memuatkan seramai 1,500 kanak-kanak termasuk Hamzah.

 

(Dr) Sani Araby Al-Kahery merasmikan Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia yang ke-39 di pinggir Idlib
Teruja dan begitu hangat sekali sambutan oleh anak-anak pelarian Syria yang mengimpikan untuk ke sekolah
Mungkin kecil makna untuk kita yang mendapat segalanya di negara yang masih aman damai namun sekolah ini terlalu besar maknanya buat anak pelarian Syria yang trauma dengan perang untuk kembali mendapat masa kanak-kanak mereka di sekolah
(Dr) Sani Araby Al-Kahery sempat beramah mesra dengan anak yatim piatu yang juga merupakan antara pelajar di Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia Ke-39 ini
Presiden Lembaga Pemegang Amanah Agansi Wakaf Kerajaan Turki hadir mengiringi delegasi MAPIM Malaysia sebagai tanda hubungan erat kedua negara dalam hal santuni Ummah


Sejarah bakal dicatat apabila kerjasama MAPIM Malaysia dengan Agensi Wakaf Kerajaan Turki, secara langsung menandakan hubungan kuat di antara Kuala Lumpur dan Ankara, selaku badan terbesar membantu mangsa pelarian perang Syria.

Pastinya, para penyumbang budiman Tabung RayuanSyria MAPIM,  walau dari jauh mereka bangga melihat wakaf sumbangan berdiri teguh di depan mata dan menjadi saham akhirat yang berganda manfaatnya kepada generasi yang bakal dididik dengan ilmu yang menginsankan manusia

https://www.facebook.com/SaniArabyAlKahery/videos/371807560772221

Semoga wakaf dan jariah ini berpanjangan buat para penyumbang di alam kemudian nanti.

*Benar saham wakaf hanya RM500
Namun saat kita bergandingan sebagai satu jumlah yang besar, kita mampu membuat magic untuk kebaikkan berganda Ummah. Masih tidak terlambat untuk terus melabur saham akhirat ini kerana MAPIM Malaysia sedang melancarkan untuk pembinaan sekolah ke40 dan juga pusat latihan guru di bandar Malaysia, Azaaz Syria

TEAM RESCUESYRIA MAPIM SUDAH BERADA DI SYRIA MENGURUS INFAQ ANDA UNTUK
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button