KemanusiaanSyria

Sekolah MAPIM Malaysia di Idlib hampir jadi kenyataan

Pembinaan di peringkat akhir

UPDATE : Impian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM mewujudkan sekolah MAPIM Malaysia di pinggir Idlib, Syria semakin hampir menjadi kenyataan.

Setelah setahun pembinaannya sekolah rendah yang ke-39 MAPIM, bakal memuatkan 1,200 pelajar ini akan beroperasi dua secara dua sesi.

Pembinaan sekolah itu yang bernombor 39 dan kini di peringkat akhir siap, akan menanti hari perasmiannya oleh Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.)  Sani Al-Araby.

Sekolah ini menelan anggaran kos pembinaan sejumlah lebih RM100,000 dolar terletak di kem pelarian Syria yang mempunyai populasi 400,000 orang pelarian.

Pasukan misi `Rescue Syria’ dijadual berangkat ke negara itu dalam beberapa minggu lagi.

Bagi bantuan musim sejuk Syria, MAPIM telah menyalurkan bantuan kecemasan untuk 4 buah hospital dan  2 buah medical points walaubagaimanapun kos tajaan ini jauh tidak mencukupi akibat jumlah pesakit yang terlalu tinggi serta kekurangan bantuan ubat-ubatan serta peralatan yang tidak mencukupi.

Sektor perubatan merupakan sektor yang terjejas teruk dan sangat gawat untuk dibantu. Kos bantuan 6 buah pusat perubatan ini berjumlah RM 800,000

Projek RescueSyria merupakan inisiatif MAPIM dengan kerjasama Kementerian Wakaf Turki serta agensi antarabangsa serta NGO tempatan yang menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Syria yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang menerusi akaun Maybank MAPIM, Syria Emergency Appeal 562834636987 atau melayari laman web www.tabungsyria.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button