KemanusiaanSyria

Sekecil RM1.40 sehari, untuk isi perut pelarian Syria!

Setahun RM500 untuk roti, sup setiap hari

“Apa yang awak impikan? Sekeping roti!’’- runtun hati mendengar impian seorang kanak-kanak pelarian Syria ketika ditanya mengapa rumput menjadi hidangan sedangkan ramai seusianya di dunia menikmati lebih daripada hanya sekeping roti.
10 tahun memasuki krisis kemanusiaan paling terburuk dunia, angkara perang saudara, pelarian negara Syria – terus dahagakan bantuan daripada seluruh masyarakat dunia, termasuk Malaysia.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia yang sentiasa melakukan misi ke Syria telah melihat bantuan yang diperlukan pelarian Syria ini bukan sahaja bantuan bermusim, sebaliknya telah merangka pelan jangka panjang untuk mereka.
Ramai yang tidak menyangka, wabak Covid-19 telah menjadi kekangan untuk semua termasuk petugas misi kemanusiaan, melampaui sempadan.
Mujur MAPIM Malaysia telah menyusun sistem bantuan berterusan atau pelan kontigensi demi kelangsungan pelarian.
Menurut Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata walau dihambat kekangan penularan wabak Covid-19 ketika ini MAPIM tidak pernah putus asa untuk terus membantu saudara-saudara yang tidak bernasib baik di Syria.
Penubuhan Merkezi MAPIM Malaysia atau gudang roti MAPIM amat bermakna bagi jutaan pelarian di Syria yang kian terhimpit, kemiskinan, kelaparan dan kehilangan pekerjaan.
Ia membuktikan telah menunaikan khidmat kepada mangsa pelarian selama 365 hari tanpa henti.
Setiap hari 60,000 keping roti dibakar di kilang itu untuk diagihkan kepada kem-kem pelarian yang berada berdekatan sekitar selatan sempadan Turki dan Syria.
Lebih setahun beroperasi Merkezi MAPIM Malaysia menyediakan hidangan ruji masyarakat Syria ini kepada lebih 15,000 keluarga setiap hari.
Bukan sahaja bantuan berbentuk makanan, Merkezi MAPIM Malaysia juga menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan dewasa pelarian Syria untuk membangunkan sosioekonomi keluarga mereka sendiri.
Kilang ini juga menempatkan ruang untuk bekalan bahan mentah seperti tepung, bijirin gandum dan pejabat pengurusan pelarian.
Selain roti, MAPIM Malaysia juga memerlukan bantuan berterusan masyarakat Malaysia untuk menyalurkan ribuan selimut, rumah batu, kotak makanan kepada pelarian Syria.
Malah pembinaan sekolah dan masjid juga masih berjalan dalam keadaan kekangan semasa di 26 kawasan tumpuan MAPIM.
Tambah (Dr.) Sani kesinambungan kerjasama dengan Kerajaan Turki dan agensi TDV akan terus dimeterai demi melestarikan kebajikan pelarian Syria.
Apalah makna sekecil RM1.40 sehari untuk disumbangkan oleh seorang penderma sejumlah RM500 setahun demi 10 keping roti untuk satu keluarga di khemah pelarian Syria.
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button