Covid19Sukan

“Saya doakan Salah sembuh!” – Dr. Zulkifli

Titip juga doa buat Safawi

KUALA LUMPUR: “Menjadi kelaziman pada hujung minggu jika ada masa lapang, saya menonton Astro Arena. Agak terkejut apabila mendapat tahu Mohamed Salah dijangkiti Covid-19. Saya doakan beliau segera sembuh.”

Demikian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, yang mengambil tahu perkembangan terkini bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Salah dijangkiti Covid-19 dan mengejutkan peminat-peminat di seluruh dunia malah mendapat perhatian Menteri Agama itu yang juga dikenali sebagai peminat Kelab Liverpool.

Datuk Seri  Dr. Zulkifli memuat naik status di media sosialnya bahawa beiau terkejut dengan status kesihatan pemain Mesir itu dan mendoakan agar dia segera sembuh.

Beliau turut memberi kata semangat kepada bekas bintang bola sepak JDT, Safawi Rasid yang kini berada di Portugal bersama kelab barunya, Portimonense.

Beliau turut bertanyakan khabar pada Safawi.

“Safawi Rasid di sana sihat? Jaga kesihatan dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah. Moga diselamatkan dan dipelihara daripada sebarang musibah,”

Olahan – Muhammad Arshad Bin Azmi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button