Semasa

Salam Takziah…buat keluarga Allahyarham Datuk Dr. Amran Kasimin

Dijadual dikebumikan pagi ini

Perkara itu disahkan oleh menantu beliau, Dr Lenny Suryani Safri menerusi posting di halamanĀ Facebook pada Rabu malam semalam.

Dr Lenny berkata, Allahyarham yang juga penceramah dan penulis terkenal itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.56 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur.

Dr. Lenny, berkongsi rasa sedih itu di laman Facebook beliau.

Menurut Dr Lenny, jenazah Allahyarham dibawa ke kediaman di Sungai Merab Luar di Kajang, Selangor, pada malam tadi dan dijangka dikebumikan pagi ini. (Khamis)

Solat jenazah akan diadakan di Surau Al Istiqomah di Sungai Merab Luar.

Allahyarham yang merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diberi mandat oleh rakyat sebagai Adun Bangi pada tahun 2004.

Tokoh agama yang dilahirkan pada 1 Ogos 1945 itu juga berpengalaman dalam rawatan tradisional dan perubatan Islam.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button